Cetak

Jabatan Pengurusan Masjid

Jabatan Pengurusan Masjid (dahulu dikenali sebagai Pusat Islam) telah diwujudkan secara rasminya setelah berlaku perubahan struktur organisasi  Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) pada 17 Jun 2009. Perwujudannya berlaku setelah mengalami beberapa perubahan dari segi tanggungjawab atau peranan yang perlu dilaksanakan demi memenuhi hasrat dan matlamat USAS menjadi pusat ilmu terunggul pada waktu itu.

            Jabatan Pengurusan Masjid bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran am serta hal pentadbiran Masjid Universiti Sultan Azlan Shah. Jabatan Pengurusan Masjid mempunyai beberapa unit di bawahnya iaitu:

  1. Unit Modal Insan
  2. Unit Wakaf dan Khidmat Komuniti
  3. Unit Hal Ehwal Muslimat
  4. Unit Promosi dan Hebahan
  5. Unit Selenggaraan Masjid
  6. Unit Dakwah
  7. Unit Rakan Masjid
  8. Unit Hubungan Luar dan Protokol
  9. Pentadbiran

Jabatan Pengurusan Masjid Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bercita-cita membina imej dan identiti baru ke arah objektif yang lebih segar sebagai tunggak penyebaran dakwah iaitu:

  1. Membangunkan pusat bimbingan dan didikan yang berkaitan ilmu-ilmu asas Islam serta pembangunan rohani dan jasmani kepada warga USAS dan masyarakat setempat.
  2. Penggerak program keagamaan dan kemanusiaan untuk warga kampus, masyarakat setempat dan antarabangsa.
  3. Bertindak sebagai pusat perkhidmatan dan kebajikan untuk warga kampus dan masyarakat setempat.