Cetak

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran Am

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am merupakan jabatan yang  menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan dan perkhidmatan staf di bawah seliaan Timbalan Rektor Pentadbiran dan Kewangan, USAS . Bagi mencapai amalan tadbir urus yang baik, Jabatan Sumber Manusia dan pentadbiran am dibahagikan kepada beberapa unit untuk memastikan pengurusan dan perkhidmatanstafyang efektif dan efisien seperti berikut :

  • Unit Perjawatan & Pengambilan
  • Unit Disiplin & Tatatertib
  • Unit Gaji dan Elaun
  • Unit Pengurusan Sistem & Teknologi
  • Unit Perkhidmatan dan Cuti
  • Unit Pentadbiran dan Kebajikan
  • Unit Pegawai Dagang
  • Unit Latihan dan Kompetensi

 

OBJEKTIF

Menjadikan Jabatan Sumber Manusia sebagai Jabatan Yang Berupaya Memberi Perkhidmatan Yang Cemerlang Melalui Perlaksanaan Dan Pengurusan Sumber Manusia Yang Mematuhi Dasar Dan Polisi Perkhidmatan USAS .

Visi

Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Yang Berteraskan Profesionalisme, Integriti dan Sistematik.

MISI

  • Memberi penekanan kepada pembangunan dan pengurusan sumber manusia bagi melahirkan kakitangan yang berkualiti.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pengurusan dan pentadbiran Kolej Universiti dengan cekap dan berkesan.

Objektif Kualiti USAS

Memastikan staf USAS menghadiri latihan peningkatan kompetensi sekurang-kurang TUJUH 7 hari setahun.