Cetak

Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi

             Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi telah dijenamakan semula selaras dengan transformasi KUISAS kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Pada asalnya jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Teknologi Maklumat. Penjenamaan semula nama Jabatan Teknologi Maklumat kepada Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi adalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dan tanggungjawab jabatan dalam menghadapi perubahan semasa.

Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi bertanggungjawab dalam aspek pengurusan sistem maklumat USAS dengan memastikan segala keperluan perlaksanaan dan perjalanan sistem maklumat USAS berjalan dengan baik dan sistematik. Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan media dapat disediakan dengan baik dan berfungsi mengikut keperluan organisasi. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisen dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi dibahagikan kepada 4 Unit iaitu;

  • Unit Pembangunan Sistem
  • Unit Teknikal & Multimedia
  • Unit Pentadbiran & Audio Visual

Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada USAS bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Objektif Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi

  1. Memastikan keperluan peralatan ICT dapati dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa.
  2. Memastikan kemahiran ICT dapat dikuasai oleh semua peringkat kakitangan USAS
  3. Membangunkan sistem-sistem yang dapat membantu memudahkan urusan kerja harian kakitangan USAS.

Objektif Kualiti USAS

Mensasarkan 80% aduan ICT diambil tindakan dalam tempoh 3 jam selepas aduan diterima.