Cetak

Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik

LATAR BELAKANG          

Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik  Universiti Sultan Azlan Shah  adalah bahagian yang membantu mengenalpasti arah haluan yang sesuai untuk mencapai objektif jangkamasa panjang dan membantu  Universiti Sultan Azlan Shah  dikenali dan disegani disetiap lapisan masyarakat . 

Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik dibahagikan kepada 3 unit iaitu:

  • Unit Promosi dan protokol
  • Unit Pentadbiran Tanah
  • Unit Perhubungan Awam dan media

Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Jabatan Pengurusan Korporat sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada USAS  bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

FUNGSI UTAMA

Tertakluk kepada Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan dan Akta 555, Jabatan Pengurusan Korporat  bertanggungjawab dalam aspek – aspek berikut:-

  •   Mempromosikan USAS ke peringkat Antarabangsa dan Malaysia amnya;
  •   Bertanggungjawab dalam perkara – perkara yang melibatkan media serta perhubungan awam
  •   Bertanggungjawab terhadap  pentadbiran, pembangunan tanah USAS dan kepentingan USAS ;
  •   Bertanggungjawab terhadap aktiviti rasmi kolej yang melibatkan protokol.
  •   Menguruskan mesyuarat lembaga pengarah, pengurusan dan
  •   Melakukan apa – apa fungsi lain dan mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas – tugas     di bawah Enakmen, Akta, Statut, Kaedah dan Peraturan.

 

MATLAMAT JABATAN PENGURUSAN KORPORAT

OBJEKTIF JABATAN KORPORAT USAS

  •  Memberi perkhidmatan terbaik dalam segala urusan pentadbiran, dan pembangunan.
  •  Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kolej.
  •  Menjadikan USAS  sebuah institusi yang dikenali dan disegani 

MISI  

Pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan berinovatif  pemangkin kecemerlangan institusi

VISI     

Bertekad mempertingkatkan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan di samping berusaha mentadbir urus urusan pentadbiran dengan cekap dan penuh tanggungjawab serta memaksimumkan kepuasan pelanggan

Sentiasa bersedia menerima perubahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan

 

Objektif Kualiti USAS

Mensasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 10% bilangan pengambilan pelajar baru setiap tahun.