Cetak

Jabatan Pembangunan & Keselamatan

                         Unit Pembangunan dan Keselamatan mengutamakan penyelenggaraan yang baik bagi menjamin sesuatu aset dimana dapat memberikan pulangan yang memuaskan. Aset mestilah diselenggarakan dengan lebih berkesan dan profesional bagi memperolehi “best value for money”. Oleh yang demikian, penyelenggaraan yang berkesan memerlukan suatu pendekatan yang lebih strategi dan komprehensif.

Aset tidak akan memberi pulangan yang memuaskan sekiranya penyelenggaraan terhadapnya diabaikan atau penyelenggaraan hanya akan dilakukan terhadapnya apabila timbul kerosakan yang serius atau runggutan pengguna di mana aset tidak mencapai pada tahap yang optimum. Pendekatan secara reaktif ini amat merugikan semua pihak. Kerosakan seringkali sampai ke tahap optimum/ uzur baru diperbaiki dan ini boleh mengganggu produktivitinya.

Penyelenggaraan hendaklah diberi penekanan penting terutamanya aset-aset yang melibatkan proses pembelajaran di universiti dari terganggu serta menggelakkan kerugian jangka panjang.

Jabatan Pembangunan telah ditubuhkan seiring dengan kewujudan Universiti Sultan Azlan Shah (sebelum ini dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan) iaitu pada tahun 1999. Jabatan Pembangunan telah digabungkan dengan beberapa jabatan lain sehinggalah digabungkan dengan Unit Promosi pada 1 Januari, 2008. Bermula daripada Januari 2010 jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pembangunan dan Selenggaraan setelah Unit Promosi telah dipindahkan kepada Jabatan Pengurusan Korporat. 

Sejak penubuhan Jabatan Pembangunan dan Selenggaraan, terdapat 2 fungsi utama iaitu teknikal dan pentadbiran. Setelah pengstrukturan semula dilakukan, Jabatan Pembangunan dan Selenggaraan telah dibahagikan kepada 5 unit utama untuk memudahkan organisasi berjalan dengan efisyen, lengkap dan sistematik iaitu :

    • Unit Pentadbiran Jabatan
    • Unit Selenggaraan
    • Unit Kebersihan
    • Unit Sewaan
    • Unit Kenderaan

Kini , Jabatan Pembangunan dan Selenggaraan bergerak langkah dengan lebih maju ke arah arus kemajuan dan pembangunan Universiti Sultan Azlan Shah seiring dengan objektif dan tujuan penubuhannya.

Objektif Kualiti USAS

Mensasarkan 100% penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan dan kenderaan di USAS di buat mengikut jadual yang telah ditetapkan.