Cetak

Jabatan Kewangan

Jabatan Kewangan dahulunya dikenali sebagai Jabatan Bendahari ditubuhkan seiring dengan penubuhan KISDAR pada tahun 1999 yang dahulunya hanya mempunyai 2 orang kakitangan.

Jabatan Kewangan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sama ada dalam atau luar USAS. Demi melancarkan perjalanan kerja serta meningkatkan mutu perkhidmatan, Jabatan Kewangan telah dibahagikan kepada 2  bahagian dan dipecahkan kepada 11 unit iaitu :

  1. Bahagian Terimaan, Perolehan dan Kewangan Pelajar
    1. Unit Terimaan
    2. Unit Kewangan Pelajar
    3. Unit Perolehan
    4. Unit Pentadbiran
  1. Bahagian Pengurusan Kewangan, Aset dan Sistem
    1. Unit Belanjawan
    2. Unit Akaun
    3. Unit Pelaburan
    4. Unit Pengurusan Aset
    5. Unit Sistem
    6. Unit Pembayaran
    7. Unit Kawalan Kredit/Debit

 

Fungsi Utama Jabatan Kewangan adalah bertanggungjawab dalam aspek – aspek berikut:-

  1. Menguruskan urusan peruntukan kewangan USAS.
  2. Mengurus dan mengawal perbelanjaan USAS supaya tidak melebihi peruntukan yang diberikan
  3. Menguruskan urusan kutipan hasil USAS.
  4. Menguruskan urusan berkaitan aset dan inventori yang dimiliki oleh USAS.
  5. Menguruskan urusan berkaitan perolehan perkhidmatan dan bekalan USAS.
  6. Menguruskan urusan pembayaran kepada pembekal, kakitangan, pelajar dan pihak berkaitan.
  7. Menguruskan urusan berkaitan kewangan pelajar USAS.
  8. Mengurus, mengawal dan merancang perkembangan sistem kewangan ke arah urusan yang lebih efektif dan pengurusan kewangan yang lebih efisyen.

Objektif Kualiti USAS

Memastikan prestasi belanjawan mengurus tahunan mencapai tidak kurang daripada 90%.