Cetak

Pusat Bahasa & Pengajian Asasi

                   Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (PBPA) ialah pusat akademik di Universiti Sultan Azlan Shah. Penubuhan PBPA dimulai dengan pelantikan Dekan PBPA pada 1 Oktober 2003. Dua jabatan telah diwujudkan secara rasmi di bawah PBPA, iaitu Jabatan Bahasa Arab (JBA) dan Jabatan Bahasa Inggeris (JBI) dengan pelantikan Ketua JBA dan Ketua JBI pada 1 Jun 2012. Pejabat pentadbiran PBPA kini terletak di Aras 1, Bangunan Pentadbiran Universiti Sultan Azlan Shah.

PBPA menawarkan program pradiploma dan praijazah yang dikenali sebagai program pengajian asasi. Program ini dirangka dan ditawarkan sebagai keperluan dan persediaan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah. PBPA menyediakan pelbagai kursus bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab untuk keperluan fakulti pengajian. Beberapa kursus, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris diwajibkan untuk memenuhi syarat pengajian. PBPA turut menawarkan kursus-kursus bahasa untuk kakitangan universiti, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.

Selain itu, PBPA juga menjalankan penyelidikan bahasa serta menyediakan perkhidmatan perundingan bahasa, penterjemahan dan penyuntingan. Perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan adalah daripada bahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu dan sebaliknya. Perkhidmatan penterjemahan dan penyuntingan meliputi pelbagai bentuk seperti manuskrip, rencana, dokumen, risalah, dan sebagainya.

VISI

Menjadi pusat bahasa dan pengajian asasi yang cemerlang

MISI

Mendidik bakal profesional dan intelektual yang berperibadi mulia dan berketerampilan serta mampu mengintegrasikan kemahiran bahasa dengan pelbagai bidang ilmu melalui pendekatan pendidikan holistik untuk melahirkan insan budiman

MATLAMAT

  • Melahirkan graduan yang mampu berkomunikasi dengan bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga sebagai nilai tambah kebolehpasaran graduan.
  • Melahirkan graduan yang mampu mengintegrasikan kemahiran bahasa dengan pelbagai bidang ilmu
  • Memperkasakan sahsiah graduan dengan nilai-nilai insan budiman