Cetak

Perpustakaan

                      Perpustakaan Universiti Sultan Azlan Shah mula beroperasi di Jalan Dato’ Seri Shaari, Ipoh pada tahun 1999 selaras dengan penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam. Pada tahun 2008, Perpustakaan USAS telah berpindah ke bangunan baru di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang dilengkapi dengan prasarana yang terkini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pengguna perpustakaan. Perpustakaan USAS dikategorikan sebagai perpustakaan akademik yang bertindak sebagai organisasi yang menyokong pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar dan kakitangan di USAS .Matlamat utama penubuhan perpustakaan ini ialah untuk mewujudkan warga Kolej Universiti yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat sejajar dengan motto ‘RAHMATAN LIL ‘ALAMIN’. Di dalam usaha pihak perpustakaan untuk melahirkanwarga yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan, pengajaran dan pembelajaran,  berbagai perkhidmatan dan kemudahan telah disediakan kepada pengguna perpustakaan. 

OBJEKTIF

  • Menyediakan koleksi yang bermutu dan berkualiti kepada pengguna perpustakaan
  • Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
  • Menyediakan prasarana yang lengkap dan sempurna kepada pengguna perpustakaan.

 

MISI

Melahirkan warga Kolej Universiti yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan dan kegiatan berkaitan melalui penyediaan prasarana yang sempurna

VISI

Menjadikan perpustakaan USAS  sebagai Pusat Maklumat lengkap dan berteknologi tinggi.

Objektif Kualiti USAS 

Jabatan Perpustakaan

  • Mensasarkan peningkatan 10% pengunjung perpustakaan setiap tahun.
  • Mensasarkan sekurang-kurangnya 80% pelanggan yang berkunjung ke perpustakaan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan.