Cetak

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) merupakan salah satu komponen jabatan yang terpenting di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). JHEP diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Rektor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar dan diketuai oleh seorang Dekan. Umumnya JHEP bertanggungjawab menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan pelajar yang meliputi aspek penempatan pelajar dan kebajikan, perlindungan dan keselamatan, pengurusan aktiviti pelajar, kegiatan ko-kurikulum, penguatkuasaan disiplin, pengurusan pelajar antarabangsa, pembangunan sahsiah dan kecemerlangan akademik. JHEP menjalankan fungsi-fungsinya dengan matlamat dan hasrat untuk membentuk sebuah institusi pengajian tinggi agama yang cemerlang dengan mengintegrasikan ilmu agama, sains, teknologi dan kemanusiaan bagi melahirkan generasi berilmu dan berkebolehan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan sejagat.

FUNGSI UTAMA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab dalam perkara berikut:-

  • Mengurus dan membantu pelajar dari aspek bantuan kebajikan dan keselamatan.
  • Menyelaras penyediaan kemudahan penginapan asrama pelajar.
  • Menyelaras aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan kepada seluruh pelajar.
  • Menguruskan segala permohonan dan hal-hal berkaitan biasiswa, pinjaman pelajaran dan bantuan zakat  yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan.
  • Menyelaraskan aktiviti persatuan dan kegiatan pelajar di dalam dan di luar universiti.
  • Menyelaras sesi kaunseling dan pembangunan sahsiah pelajar.
  • Mengurus dan memantau perkembangan dan aktiviti yang melibatkan hal ehwal pelajar antarabangsa.

Objektif Kualiti USAS

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

  • Mensasarkan tidak kurang daripada 95% bilik-bilik asrama dan peralatan sukan berada dalam keadaan baik dan selamat pada setiap semester pengajian.
  • Mensasarkan pengendalian program Minggu Penghayatan Mahasiswa mendapat markah purata tidak kurang daripada 80% dalam penilaian program.