Cetak

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
Kod Kursus : (MQA/PA 6478)(N/481/6/0694)
Syarat Kemasukan :

Bermula 01 September 2015

i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan mendapat Gred C/ kredit dalam mata pelajaran Matematik Tambahan; atau

ii. Lulus A-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam dua (2) mata pelajaran dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan mendapat Gred C/ kredit dalam mata pelajaran Matematik Tambahan; atau

iii. Lulus Program Matrikulasi atau Program Asas daripada PPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat PNGK 2.00 dan mendapat Gred C/ kredit dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM; atau

iv. Lulus Diploma (Tahap 4 KKM) dalam bidang Sains Komputer/ Sistem Maklumat/ Teknologi Maklumat/ Kejuruteraan Perisian atau setara dengan mendapat PNGK minimum 2.50 dan mendapat Gred C/ kredit dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau setara. (Calon yang mendapat PNGK di bawah 2.50 tetapi melebihi 2.00 boleh diterima tertakluk kepada proses penilaian dalaman yang ketat); atau

v. Lulus Diploma (Tahap 4 KKM) dalam lain-lain bidang dengan mendapat PNGK minimum 2.50 boleh diterima tertakluk kepada proses penilaian dalaman yang ketat dan mendapat Gred C/ kredit dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau setara; atau

vi. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Calon tanpa Gred C/ kredit dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau setara boleh diterima masuk sekiranya program Diploma yang diambil mempunyai kursus Matematik yang setara dengan mata pelajaran Matematik Tambahan peringkat SPM.

Calon dengan kredit dalam mata pelajaran berkaitan Komputer di peringkat SPM atau STPM atau setara dengannya boleh dipertimbangkan.

Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah