Cetak

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
Kod Kursus : (MQA/PA 5681)(N/344/6/0406)
Syarat Kemasukan :

Malaysian University English Test (MUET) Band 2 Dan

i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengan minimum Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran dan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau

ii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (dengan minimum gred Jayyid) dan kredit dalam mata pelajaran Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau

iii. Lulus Diploma (Tahap 4 KKM) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50 dan kredit dalam mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau

iv. Lulus Foundation/ Program Asasi/ Asas/ Matrikulasi atau setaraf dengan minimum CGPA 2.50 dan kredit dalam mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau

v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Bagi pelajar antarabangsa, skor TOEFL 550 ATAU skor IELTS 5.5 atau yang setaraf.

(Nota: Kepujian Bahasa Melayu di dalam Peperiksaan Bahasa Melayu kertas Julai juga diterima dan sijil perlu dikemukakan)

 

Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah