Cetak

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)
Kod Kursus : (N/343/6/0158) (MQA/PA 4115)
Syarat Kemasukan :

i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam satu mata pelajaran yang bersesuaian;

ATAU

ii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (pangkat Maqbul);

ATAU

iii. Calon yang memohon menggunakan STPM/STAM dan mendapat kredit dalam Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diberi keutamaan;

ATAU

iv. Lulus Diploma (Tahap 4 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

ATAU

v. Lulus Program Matrikulasi/Program Asasi dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

ATAU

vi. Kelayakan Luar Negara yang setara dengan STPM, STAM, Diploma atau Matrikulasi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

ATAU

vii. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Badan yang menganugerahkan : Universiti Sultan Azlan Shah