Cetak

Piagam Pelanggan USAS

Pendidikan
  • Menyediakan infrastruktur secukupnya bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif,
  • Kesemua program pengajian diiktiraf oleh jawatankuasa pengiktirafan di Malaysia
  • Kesemua program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti telah melalui kajian pasaran (market survey), dan
  • Memastikan kurikulum pengajian mengandungi elemen inovatif dan nilai tambah, etika, kesukarelaan dan pembinaan integriti.
Penyelidikan
  • Menyediakan kemudahan kepada pensyarah dan pelajar menjalankan penyelidikan bagi tujuan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan kepada ilmu pengetahuan dan industri;
  • Memberi sokongan kepada penyelidik supaya dapatan penyelidikan dapat dibentangkan bagi mendapatkan tajaan; dan
  • Memberi kemudahan kepada para penyeilidk untuk membentangkan dapatan penyelidikan di dalam dan luar negara.
Kemasyarakatan 
  • Memastikan setiap mahasiswa dan staf Universiti sentiasa bersiap siaga memberi khidmat sukarela kepada individu dan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Pengantarabangsaan 
  • Memastikan setiap program pengajian yang dibina telah merujuk kepada konvensyen dan piawaian antarabangsa;
  • Menggalakan setiap penyelidik mengambil kira isu tempatan dan antarabangsa bagi maksud penyelidikan mereka;
  • Menggalakkan setiap penyelidik berkolaborasi dengan penyelidik lain termasuk rakan penyelidik antarabangsa;
  • Memastikan Universiti menyediakan kemudahan yang membolehkan pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman antarabangsa;
  • Menetapkan sasaran populasi Universiti mempunyai sekurang-kurangnya 10% pelajar antarabangsa ; dan
  • Memastikan setiap fakulti mempunyai sekurang-kurangnya 5 kolaborasi dengan universiti luar negara.
Perkhidmatan
  • Menyediakan kemudahan teknologi maklumat terkini dalam pentadbiran untuk melicinkan proses kerja yang kondusif dan produktif;
  • Menyediakan insentif peluang latihan kepada perkembangan kerjaya kakitangan;
  • Menyediakan tenaga kerja akademik yang berkelayakan;
  • Mentadbir dan menguruskan kewangan dan aset Universiti dengan efisen dan melaporkan prestasi kewangan tersebut kepada pihak berkuasa seperti yang termaktub dalam peraturan kewangan yang ditetapkan;
  • Memastikan akaun Universiti mendapat ulasan bersih dari Jabatan Audit Negara; dan
  • Proses kerja pentadbiran mengikut piawaian "International Organization for Standardization" (ISO).