Cetak

Objektif Kualiti USAS

a) Pengurusan

Jabatan Pengurusan Korporat

1. Mensasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 10% bilangan pengambilan pelajar baru setiap tahun.

Jabatan Pentadbiran Am dan Perancangan Strategik

2. Aduan diterima dimajukan kepada pihak berkenaan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Jabatan Sumber Manusia

3. Memastikan staf USAS menghadiri latihan peningkatan kompetensi sekurang-kurangnya TUJUH (7) hari dalam setahun.

Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi

4. Mensasarkan 80% aduan ICT diambil tindakan dalam tempoh 3 jam selepas aduan diterima.

Jabatan Kewangan

5. Memastikan prestasi belanjawan mengurus tahunan mencapai tidak kurang daripada 90%.

Jabatan Pembangunan dan Selenggaraan

6. Mensasarkan 100% penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan dan kenderaan di USAS dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

b) Akademik & Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Akademik Kemasukan dan Rekod

7. Mendapat tidak lebih daripada LIMA (5) teguran ke atas setiap program akademik yang ditawarkan yang memerlukan tindakan pembetulan daripada MQA.

8. Keputusan peperiksaan akhir pelajar dimuat naik dalam Portal Pelajar dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari bekerja selepas tamat peperiksaan.

9. Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh TUJUH (7) hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.

10. Transkrip untuk tujuan memohon tempat pengajian ijazah pertama atau ijazah kedua dikeluarkan tidak lebih daripada SEPULUH (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

11. Jadual peperiksaan akhir semester dipamerkan selewat-lewatnya LIMA BELAS (15) hari bekerja sebelum peperiksaan bermula.

12. Penilaian pelajar terhadap pensyarah dilaksanakan dan diselesaikan pada minggu ke EMPAT BELAS (14) sesuatu semester.

 

Jabatan Perpustakaan

13. Mensasarkan peningkatan 10% pengunjung perpustakaan setiap tahun.

14. Mensasarkan sekurang-kurangnya 80% pelanggan yang berkunjung ke perpustakaan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan.

15. Mensasarkan peningkatan 3% pertambahan koleksi perpustakaan setiap tahun

Fakulti

16. Mensasarkan pelajar yang mendapat PNGK kurang daripada 2.0 tidak melebihi daripada 5% bagi setiap semester.

17. Memastikan sekurang-kurangnya 80% akan dapat bergraduat dalam tempoh minimum pengajian yang telah ditetapkan.

18. Memastikan setiap pensyarah mendapat skor penilaian pensyarah tidak kurang daripada EMPAT (4) dari skala LIMA (5) bagi setiap kursus dan setiap kumpulan yang diajarnya setiap semester.

19. Memastikan setiap pensyarah Gred 45 ke atas menyiapkan sekurang-kurangnya SATU (1) penyelidikan bagi setiap tahun atau mensasarkan setiap pensyarah Gred 45 ke atas menghasilkan sekurang-kurangnya SATU (1) penerbitan Berwasit setiap tahun. (diletakkan dibawah Fakulti)

Pusat Kembangan dan Penyelidikan

20. Menerbitkan tidak kurang DUA PULUH (20) buah buku setahun.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

21. Mensasarkan tidak kurang daripada 95% bilik-bilik asrama dan peralatan sukan berada dalam keadaan baik dan selamat pada setiap semester pengajian.

22. Mensasarkan pengurusan dan kandungan keseluruhan program Minggu Penghayatan Mahasiswa mendapat markah purata tidak kurang daripada 80% dalam penilaian program.