Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at C:\xampp\htdocs\sweb\components\com_falang\helpers\defines.php:43) in C:\xampp\htdocs\sweb\components\com_ninjarsssyndicator\views\ninjarsssyndicator\tmpl\feedcreator.class.php on line 271
RSS-KUISAS http://web.kuisas.edu.my/ Mon, 26 Jun 2017 15:33:26 GMT FeedCreator 1.8.0-dev (info@mypapit.net) Pengenalan USAS http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/features-3/latar-belakang-kuisas/pengenalan Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) pada mulanya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak di bawah Enakmen Kawalan Sekolah - sekolah Agama Islam 1996. KISDAR menjadi Badan Berkanun Kerajaan Negeri Perak menerusi Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan (Enakmen Bilangan 3 Tahun 2000) .

Pada 19 disember 2013 Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr.Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempurna merasmikan naiktaraf KISDAR kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)

Pada tanggal 10 jun 2016 Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman dengan rasminya. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dinaikkan taraf menjadi universiti penuh berkuat kuasa serta-merta dan dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) yang menerima geran tahunan daripada Kerajaan Pusat

“Pengumuman ini merupakan kesinambungan sejarah Kuala Kangsar sebagai bandar pendidikan tertua negara yang turut menempatkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Masdrasah Idrisiah.

]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Wed, 27 Jul 2016 08:16:18 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/features-3/latar-belakang-kuisas/pengenalan
Sejarah Penubuhan USAS http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/latar-belakang-kuisas-3/sejarah-kuisas                  KUISAS (dulu KISDAR) adalah hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada tahun 1986. Ia kemudiannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Datuk Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh baginda pada 16 Oktober 1999. KISDAR telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002.

Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR (sekarang KUISAS) di atas sebidang tanah yang diwakafkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan PutriKuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan mencecah RM66 juta ini kemudiannya siap pada tahun 2008.

 

 

]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Wed, 27 Jul 2016 08:23:39 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/latar-belakang-kuisas-3/sejarah-kuisas
Carta Organisasi http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/12-artikel-latarbelakang/25-carta-organisasi

]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Mon, 27 Feb 2017 05:04:11 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/12-artikel-latarbelakang/25-carta-organisasi
Moto, Misi dan Visi http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/features-3/sejarah-kuisas/moto-misi-dan-visi MOTO Rahmatan lil ‘alamin (Rahmat ke seluruh Alam) MISI
  • Pendidikan

Menghasilkan graduan yang cemerlang melalui program pengajian yang berkualiti berasaskan pengintegrasian nilai Islam dalam ilmu profesional.

  • Penyelidikan

Menyediakan suasana kondusif bagi para sarjana untuk meneroka, memperkukuh dan memperbaharui kebenaran melalui aktiviti penyelidikan.

  • Masyarakat

Menjuarai isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan berasaskan nilai-nilai sejagat.

  • Pengantarabangsaan

Mengantarabangsakan semua kegiatan universiti.

VISI Menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu ]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Sun, 14 Dec 2014 06:39:24 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/features-3/sejarah-kuisas/moto-misi-dan-visi
Rektor http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/27-rektor Prof. Dr. Jamil Bin Hashim dilahirkan pada tanggal 22 April 1966 di Kuala Kurau, Perak. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh dan kemudian menyambung pelajaran  di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling Jaya. Tokoh yang berusia 45 tahun ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, Master dalam bidang Dakwah Islamiyyah, Universiti Islam Antarabangsa dan seterusnya melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah PhD.,Universiti Kaherah, Mesir (Tajuk dissertasi PhD beliau ialah “Isu-isu Pemikiran Dalam Dakwah di Malaysia Kini”).

Beliau pernah menjadi Tutor di Kuliyyah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) pada Ogos 1990. Pada tahun 1993 hingga 1995, beliau pernah menjadi pensyarah di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa selama setahun. Beliau juga pernah menjadi Ketua Jabatan di Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama bermula pada tahun 2001 hingga 2003. Beliau juga merupakan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Mesir pada Jun 2008 hingga Disember 2010. Kini beliau telah dilantik sebagai Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) pada Jun 2011. Antara jawatan lain yang pernah disandang oleh beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Sukarelawan Al-Falah, Pengerusi atau Yang Dipertua PIBG Sekolah Setia Budi, Gombak serta Penasihat Akademik di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Beliau juga aktif dalam penerbitan buku. Antara hasil nukilannya ialah “Masjid dan Peranannya Dalam Pembangunan Ummah”(JPM),  “Konsep Jemaah Muslimin dan Pemikiran Islam”(UIAM), serta “Monograph On Muslim Scholars” dan “Reading In Islamic Da’wah”(UIAM). Beliau pernah menjadi Motivator & Ahli Panel Forum Perdana Jemputan, Panel Pemikir dan Penceramah Islam Hadhari serta Ahli Jawatankuasa Khas memantau pelajar Malaysia di luar negara (KPTM). Beliau juga aktif dalam Badan Kebajikan dan Dakwah serta Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM).

]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Mon, 16 Sep 2013 05:43:38 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/27-rektor
Ahli Pengurusan Tertinggi http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/28-ahli-pengurusan-tertinggi  

Prof. Dr. Jamil Bin Hashim
  rektor@kuisas.edu.my
   
Prof. Madya Dr. Wan Sabri
  wansabri@kuisas.edu.my
   
Anas Bin Md. Yusof
  anas_yusof@kuisas.edu.my
                                                                    ]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Mon, 16 Sep 2013 07:53:46 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/28-ahli-pengurusan-tertinggi
Senat Kolej Universiti http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/29-senat-kolej-universiti  

Prof. Dr. Jamil Bin Hashim
  rektor@kuisas.edu.my
   
Prof. Madya Dr. Wan Sabri
  wansabri@kuisas.edu.my
   
Anas Bin Md. Yusof
  anas_yusof@kuisas.edu.my
                                                                   

]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Mon, 16 Sep 2013 07:54:34 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/29-senat-kolej-universiti
Senarai Dekan http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/30-kedekanan  
Zurul Na'im bin Zainol Rashid
  zurul@kuisas.edu.my
 
Rosdiana binti Shaharum
 
Prof. Dr. Jamil Bin Hashim
 
Mohd Fuad bin Mokhtar
 fuad@kuisas.edu.my
 
Suhaimi bin Saidin
  suhami.saidin@kuisas.edu.my
   

 

]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Sun, 05 Jun 2016 03:11:45 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/30-kedekanan
Ketua Jabatan http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/31-ketua-jabatan  
 
 

Mohamad Amir Bin Mohd Dahalan  
  amirafnan@kuisas.edu.my
 
Nasuha Binti Abdul Rahman Najib   
  nasuha@kuisas.edu.my
 
Fauwaz Bin Ebau
  fauwaz@kuisas.edu.my
 
Anwar Almustafa
  anwar@kuisas.edu.my
 
Mohd Ikhwan Bin Zolkapli 
  ikhwan@kuisas.edu.my
 
Najhan bin Muhamad Ibrahim
  najhan@kuisas.edu.my
 
Muhammad Nur Ikhsan Bin Mohd Sefian 
  nurikhsan@kuisas.edu.my
 
Ir. Dr. Ahmad Faizul Bin Shamsudin
  afaizuls@kuisas.edu.my
 
Mohd Irwan Shah Bin Ali Akbar
  irwan@kuisas.edu.my
   
Salman Bin Saaid
  salman@kuisas.edu.my
   
Nor Fadhil Bin Shoib
  nor_fadzil@kuisas.edu.my
   
Zul-kifli Bin Hussin
  zul-kifli@kuisas.edu.my
   
 
 
 
kjrektorat1
Shahril Hezrin Bin Shamsudin
  shahrilhezrin@kuisas.edu.my
   
Zainab bt mohamed (Pemangku Ketua Jabatan)
  zainab@kuisas.edu.my
   
Nur Raihan Binti Mohamed Nor
  raihan@kuisas.edu.my
   
Muhammad Razman Bin Mahaiyuddin
  razman@kuisas.edu.my
 

Mohammad Burhan Bin Mohd Yusuff 
  burhan@kuisas.edu.my
   
Amiruden Bin Mohamed Sharif
  amiruden@kuisas.edu.my
   
 Shahril Hezrin Bin Shamsudin
  shahrilhezrin@kuisas.edu.my
 

kjmasjid

Muhamad Anuar Bin Basir

 

 

 

 

]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Sun, 05 Jun 2016 03:15:36 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/14-artikel-organisasi/31-ketua-jabatan
Fakulti Pengajian Islam http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/fakulti-pengajian-islam Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 1 Jun 2012 hasil gabungan Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah Islamiyyah dan Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Penggabungan iniadalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dalam menghadapi perubahan semasa selaras dengan transformasi Kolej Islam Darul Ridzuan kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Kini, KUISAS telah dinaiktaraf menjadi Universiti Sultan Azlan Shah.

Fakulti Pengajian Islam bertanggungjawab dalam aspek menawarkan program akademik dan kursus matapelajaran seperti yang ditetapkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisien dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Fakulti Pengajian Islam dibahagikan kepada 3 buah jabatan dan 1 unit iaitu:

  • Jabatan Usuluddin.
  • Jabatan Syariah Islamiyyah.
  • Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab.
  • Unit Pentadbiran.

Pada tahun 2014, Fakulti Pengajian Islam melalui jabatan-jabatan di bawahnya telah berjaya menawarkan dua program Ijazah Sarjana Muda dan lapan program diploma yang telah memperolehi akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu.

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis).
  • Diploma Usuluddin.
  • Diploma Syariah Islamiyyah.
  • Diploma Bahasa Dan Kesusasteraan Arab.
  • Diploma Kaunseling Islam.
  • Diploma Komunikasi Islam.
  • Diploma Pengajian Islam.
  • Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat.
  • Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan.

 

Objektif Kualiti USAS

Fakulti

  • Mensasarkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang mempunyai PNG/ PNGK kurang daripada 2.0 tidak melebihi 5%.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% akan dapat bergraduat dalam tempoh minimum pengajian yang telah ditetapkan.
  • Memastikan setiap pensyarah mendapat skor penilaian pensyarah tidak kurang daripada EMPAT (4) dari skala LIMA (5) bagi setiap semester. 
]]>
webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 04 Oct 2016 01:56:57 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/fakulti-pengajian-islam
Fungsi Fakulti Pengajian Islam http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/15-artikel-akademik/33-fungsi-fakulti-pengajian-islam
  • Memastikan perjalanan fakulti menjadi sebuah fakulti yang terkehadapan dalam pengajian Islam yang mengintegrasikan ilmu terkini bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Islam dan masyarakat.
  • Menguruskan staf akademik dan staf sokongan membentuk tenaga kerja yang mempunyai peribadi mulia, beretika, cekap dan profesional bagi menggerakkan pembangunan serta berdaya saing tinggi bagi memimpin masyarakat Islam moden yang progresif dalam semua arena yang diceburi.
  • Mengutamakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) seiring dengan keperluan semasa demi menjayakan visi kolej membina kecemerlangan generasi.
  • ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 17 Sep 2013 08:22:34 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/component/content/article/15-artikel-akademik/33-fungsi-fakulti-pengajian-islam
    Pusat Bahasa & Pengajian Asasi http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/pusat-bahasa-pengajian-asasi                    Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (PBPA) ialah pusat akademik di Universiti Sultan Azlan Shah. Penubuhan PBPA dimulai dengan pelantikan Dekan PBPA pada 1 Oktober 2003. Dua jabatan telah diwujudkan secara rasmi di bawah PBPA, iaitu Jabatan Bahasa Arab (JBA) dan Jabatan Bahasa Inggeris (JBI) dengan pelantikan Ketua JBA dan Ketua JBI pada 1 Jun 2012. Pejabat pentadbiran PBPA kini terletak di Aras 1, Bangunan Pentadbiran Universiti Sultan Azlan Shah.

    PBPA menawarkan program pradiploma dan praijazah yang dikenali sebagai program pengajian asasi. Program ini dirangka dan ditawarkan sebagai keperluan dan persediaan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah. PBPA menyediakan pelbagai kursus bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab untuk keperluan fakulti pengajian. Beberapa kursus, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris diwajibkan untuk memenuhi syarat pengajian. PBPA turut menawarkan kursus-kursus bahasa untuk kakitangan universiti, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.

    Selain itu, PBPA juga menjalankan penyelidikan bahasa serta menyediakan perkhidmatan perundingan bahasa, penterjemahan dan penyuntingan. Perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan adalah daripada bahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu dan sebaliknya. Perkhidmatan penterjemahan dan penyuntingan meliputi pelbagai bentuk seperti manuskrip, rencana, dokumen, risalah, dan sebagainya.

    VISI

    Menjadi pusat bahasa dan pengajian asasi yang cemerlang

    MISI

    Mendidik bakal profesional dan intelektual yang berperibadi mulia dan berketerampilan serta mampu mengintegrasikan kemahiran bahasa dengan pelbagai bidang ilmu melalui pendekatan pendidikan holistik untuk melahirkan insan budiman

    MATLAMAT

    • Melahirkan graduan yang mampu berkomunikasi dengan bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga sebagai nilai tambah kebolehpasaran graduan.
    • Melahirkan graduan yang mampu mengintegrasikan kemahiran bahasa dengan pelbagai bidang ilmu
    • Memperkasakan sahsiah graduan dengan nilai-nilai insan budiman
    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 17 Jan 2017 03:20:42 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/pusat-bahasa-pengajian-asasi
    Jabatan Akademik Kemasukan & Rekod http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/jabatan-akademik-kurikulum                     Jabatan Akademik, Kemasukan dan Rekod telah ditubuhkan pada 1 Jun 2012 selaras dengan transformasi KUISAS kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Pada asalnya Jabatan Akademik adalah sebahagian daripada Jabatan Akademik dan Rekod. Walaubagaimanapun, Jabatan ini telah di asingkan dari Jabatan Akademik dan Rekod dan digabungkan bersama Jabatan Pembangunan Kurikulum dan mewujudkan Jabatan Akademik dan Kurikulum. Dan pengasingan ini adalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dalam menghadapi perubahan semasa.

                            Jabatan Akademik dan Kurikulum bertanggungjawab dalam mengendalikan segala urusan berkaitan pengurusan akademik, penjadualan kelas, urusan berkaitan dengan system akademik yang melibatkan pelajar dan pensyarah, urusan Mesyuarat Majlis Dekan, urusan kerjasama akademik dengan IPT lain, pematuhan syarat-syarat MQA, menyelaras proses program-program pengajian dan jaminan kualiti. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:-

    •  Unit Pengurusan Akademik
    •  Unit Kurikulum dan Jaminan Kualiti

    Dalam menyahut pelan Transformasi USAS, Jabatan Akademik dan Kurikulum bergerak secara rapat dengan jabatan-jabatan yang lain dalam memberikan sokongan terbaik termasuk merangka standard kualiti seperti yang di tuntut oleh pihak-pihak yang berkenaan terutamanya MQA.

     

    3.2       MATLAMAT UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

    • Memastikan perkara-perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dari semasa ke semasa.
    • Menjadi Urusetia Majlis Dekan Universiti Sultan Azlan Shah.

     

    3.3       MATLAMAT UNIT KURIKULUM DAN JAMINAN KUALITI

    • Memastikan program pengajian akademik dilaksanakan berdasarkan Kerangka   Kelayakan Malaysia.
    • Menyediakan kerangka kurikulum yang berdaya saing dan inovatif untuk  perkembangan  USAS.
    • Memastikan segala pematuhan syarat dan peraturan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutamanya MQA dan KPT dipenuhi dan digunapakai.

    Objektif Kualiti 

    Jabatan Akademik Kemasukan dan Rekod

    • Mendapat tidak lebih daripada LIMA (5) teguran ke atas setiap program akademik yang ditawarkan yang memerlukan tindakan pembetulan daripada MQA.
    • Keputusan peperiksaan akhir pelajar dimuat naik dalam Portal Pelajar dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari bekerja selepas tamat peperiksaan.
    • Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.
    • Transkrip untuk tujuan mendapat tempat pengajian pasca siswazah, transkrip akan dikeluarkan tidak lebih daripada SEPULUH (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
    • Jadual peperiksaan akhir semester dipamerkan selewat-lewatnya LIMA BELAS (15) hari bekerja sebelum peperiksaan bermula.
    • Analisis penilaian pelajar terhadap pensyarah selesai tidak lewat daripada minggu ke LIMA BELAS (15) sesuatu semester.
    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 20 Jun 2017 00:32:47 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/jabatan-akademik-kurikulum
    Jabatan Hal Ehwal Pelajar http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/jabatan-hal-ehwal-pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) merupakan salah satu komponen jabatan yang terpenting di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). JHEP diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Rektor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar dan diketuai oleh seorang Dekan. Umumnya JHEP bertanggungjawab menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan pelajar yang meliputi aspek penempatan pelajar dan kebajikan, perlindungan dan keselamatan, pengurusan aktiviti pelajar, kegiatan ko-kurikulum, penguatkuasaan disiplin, pengurusan pelajar antarabangsa, pembangunan sahsiah dan kecemerlangan akademik. JHEP menjalankan fungsi-fungsinya dengan matlamat dan hasrat untuk membentuk sebuah institusi pengajian tinggi agama yang cemerlang dengan mengintegrasikan ilmu agama, sains, teknologi dan kemanusiaan bagi melahirkan generasi berilmu dan berkebolehan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan sejagat.

    FUNGSI UTAMA

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab dalam perkara berikut:-

    • Mengurus dan membantu pelajar dari aspek bantuan kebajikan dan keselamatan.
    • Menyelaras penyediaan kemudahan penginapan asrama pelajar.
    • Menyelaras aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan kepada seluruh pelajar.
    • Menguruskan segala permohonan dan hal-hal berkaitan biasiswa, pinjaman pelajaran dan bantuan zakat  yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan.
    • Menyelaraskan aktiviti persatuan dan kegiatan pelajar di dalam dan di luar universiti.
    • Menyelaras sesi kaunseling dan pembangunan sahsiah pelajar.
    • Mengurus dan memantau perkembangan dan aktiviti yang melibatkan hal ehwal pelajar antarabangsa.

    Objektif Kualiti USAS

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar

    • Mensasarkan tidak kurang daripada 95% bilik-bilik asrama dan peralatan sukan berada dalam keadaan baik dan selamat pada setiap semester pengajian.
    • Mensasarkan pengendalian program Minggu Penghayatan Mahasiswa mendapat markah purata tidak kurang daripada 80% dalam penilaian program.

                                                                                             

    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 20 Jun 2017 00:38:05 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/jabatan-hal-ehwal-pelajar
    Perpustakaan http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/jabatan-perpustakaan                       Perpustakaan Universiti Sultan Azlan Shah mula beroperasi di Jalan Dato’ Seri Shaari, Ipoh pada tahun 1999 selaras dengan penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam. Pada tahun 2008, Perpustakaan USAS telah berpindah ke bangunan baru di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang dilengkapi dengan prasarana yang terkini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pengguna perpustakaan. Perpustakaan USAS dikategorikan sebagai perpustakaan akademik yang bertindak sebagai organisasi yang menyokong pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar dan kakitangan di USAS .Matlamat utama penubuhan perpustakaan ini ialah untuk mewujudkan warga Kolej Universiti yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat sejajar dengan motto ‘RAHMATAN LIL ‘ALAMIN’. Di dalam usaha pihak perpustakaan untuk melahirkanwarga yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan, pengajaran dan pembelajaran,  berbagai perkhidmatan dan kemudahan telah disediakan kepada pengguna perpustakaan. 

    OBJEKTIF

    • Menyediakan koleksi yang bermutu dan berkualiti kepada pengguna perpustakaan
    • Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
    • Menyediakan prasarana yang lengkap dan sempurna kepada pengguna perpustakaan.

     

    MISI

    Melahirkan warga Kolej Universiti yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan dan kegiatan berkaitan melalui penyediaan prasarana yang sempurna

    VISI

    Menjadikan perpustakaan USAS  sebagai Pusat Maklumat lengkap dan berteknologi tinggi.

    Objektif Kualiti USAS 

    Jabatan Perpustakaan

    • Mensasarkan peningkatan 10% pengunjung perpustakaan setiap tahun.
    • Mensasarkan sekurang-kurangnya 80% pelanggan yang berkunjung ke perpustakaan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan.
    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 04 Oct 2016 02:10:54 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/akademik/jabatan-perpustakaan
    Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-pengurusan-korporat LATAR BELAKANG          

    Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik  Universiti Sultan Azlan Shah  adalah bahagian yang membantu mengenalpasti arah haluan yang sesuai untuk mencapai objektif jangkamasa panjang dan membantu  Universiti Sultan Azlan Shah  dikenali dan disegani disetiap lapisan masyarakat . 

    Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik dibahagikan kepada 3 unit iaitu:

    • Unit Promosi dan protokol
    • Unit Pentadbiran Tanah
    • Unit Perhubungan Awam dan media

    Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Jabatan Pengurusan Korporat sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada USAS  bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

    FUNGSI UTAMA

    Tertakluk kepada Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan dan Akta 555, Jabatan Pengurusan Korporat  bertanggungjawab dalam aspek – aspek berikut:-

    •   Mempromosikan USAS ke peringkat Antarabangsa dan Malaysia amnya;
    •   Bertanggungjawab dalam perkara – perkara yang melibatkan media serta perhubungan awam
    •   Bertanggungjawab terhadap  pentadbiran, pembangunan tanah USAS dan kepentingan USAS ;
    •   Bertanggungjawab terhadap aktiviti rasmi kolej yang melibatkan protokol.
    •   Menguruskan mesyuarat lembaga pengarah, pengurusan dan
    •   Melakukan apa – apa fungsi lain dan mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas – tugas     di bawah Enakmen, Akta, Statut, Kaedah dan Peraturan.

     

    MATLAMAT JABATAN PENGURUSAN KORPORAT

    OBJEKTIF JABATAN KORPORAT USAS

    •  Memberi perkhidmatan terbaik dalam segala urusan pentadbiran, dan pembangunan.
    •  Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kolej.
    •  Menjadikan USAS  sebuah institusi yang dikenali dan disegani 

    MISI  

    Pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan berinovatif  pemangkin kecemerlangan institusi

    VISI     

    Bertekad mempertingkatkan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh dan berterusan di samping berusaha mentadbir urus urusan pentadbiran dengan cekap dan penuh tanggungjawab serta memaksimumkan kepuasan pelanggan

    Sentiasa bersedia menerima perubahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan

     

    Objektif Kualiti USAS

    Mensasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 10% bilangan pengambilan pelajar baru setiap tahun.

     

     

    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 20 Jun 2017 00:44:40 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-pengurusan-korporat
    Jabatan Kewangan http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-kewangan Jabatan Kewangan dahulunya dikenali sebagai Jabatan Bendahari ditubuhkan seiring dengan penubuhan KISDAR pada tahun 1999 yang dahulunya hanya mempunyai 2 orang kakitangan.

    Jabatan Kewangan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sama ada dalam atau luar USAS. Demi melancarkan perjalanan kerja serta meningkatkan mutu perkhidmatan, Jabatan Kewangan telah dibahagikan kepada 2  bahagian dan dipecahkan kepada 11 unit iaitu :

    1. Bahagian Terimaan, Perolehan dan Kewangan Pelajar
      1. Unit Terimaan
      2. Unit Kewangan Pelajar
      3. Unit Perolehan
      4. Unit Pentadbiran
    1. Bahagian Pengurusan Kewangan, Aset dan Sistem
      1. Unit Belanjawan
      2. Unit Akaun
      3. Unit Pelaburan
      4. Unit Pengurusan Aset
      5. Unit Sistem
      6. Unit Pembayaran
      7. Unit Kawalan Kredit/Debit

     

    Fungsi Utama Jabatan Kewangan adalah bertanggungjawab dalam aspek – aspek berikut:-

    1. Menguruskan urusan peruntukan kewangan USAS.
    2. Mengurus dan mengawal perbelanjaan USAS supaya tidak melebihi peruntukan yang diberikan
    3. Menguruskan urusan kutipan hasil USAS.
    4. Menguruskan urusan berkaitan aset dan inventori yang dimiliki oleh USAS.
    5. Menguruskan urusan berkaitan perolehan perkhidmatan dan bekalan USAS.
    6. Menguruskan urusan pembayaran kepada pembekal, kakitangan, pelajar dan pihak berkaitan.
    7. Menguruskan urusan berkaitan kewangan pelajar USAS.
    8. Mengurus, mengawal dan merancang perkembangan sistem kewangan ke arah urusan yang lebih efektif dan pengurusan kewangan yang lebih efisyen.

    Objektif Kualiti USAS

    Memastikan prestasi belanjawan mengurus tahunan mencapai tidak kurang daripada 90%.

    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 04 Oct 2016 01:55:46 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-kewangan
    Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran Am http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-sumber-manusia Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am merupakan jabatan yang  menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan dan perkhidmatan staf di bawah seliaan Timbalan Rektor Pentadbiran dan Kewangan, USAS . Bagi mencapai amalan tadbir urus yang baik, Jabatan Sumber Manusia dan pentadbiran am dibahagikan kepada beberapa unit untuk memastikan pengurusan dan perkhidmatanstafyang efektif dan efisien seperti berikut :

    • Unit Perjawatan & Pengambilan
    • Unit Disiplin & Tatatertib
    • Unit Gaji dan Elaun
    • Unit Pengurusan Sistem & Teknologi
    • Unit Perkhidmatan dan Cuti
    • Unit Pentadbiran dan Kebajikan
    • Unit Pegawai Dagang
    • Unit Latihan dan Kompetensi

     

    OBJEKTIF

    Menjadikan Jabatan Sumber Manusia sebagai Jabatan Yang Berupaya Memberi Perkhidmatan Yang Cemerlang Melalui Perlaksanaan Dan Pengurusan Sumber Manusia Yang Mematuhi Dasar Dan Polisi Perkhidmatan USAS .

    Visi

    Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Yang Berteraskan Profesionalisme, Integriti dan Sistematik.

    MISI

    • Memberi penekanan kepada pembangunan dan pengurusan sumber manusia bagi melahirkan kakitangan yang berkualiti.
    • Merancang dan melaksanakan aktiviti pengurusan dan pentadbiran Kolej Universiti dengan cekap dan berkesan.

    Objektif Kualiti USAS

    Memastikan staf USAS menghadiri latihan peningkatan kompetensi sekurang-kurang TUJUH 7 hari setahun.

    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Sun, 02 Apr 2017 16:46:27 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-sumber-manusia
    Jabatan Pentadbiran & Perancangan Strategik http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-pentadbiran-perancangan-strategik Jabatan Pentadbiran & Perancangan Strategik telah ditubuhkan selaras dengan transformasi Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah kepada Universiti Sultan Azlan Shah. Pada asalnya jabatan ini adalah sebahagian daripada Jabatan Pengurusan Korporat dan pengasingan ini adalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dalam menghadapi perubahan semasa.

    Jabatan Pentadbiran & Perancangan Strategik bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran am Universiti Sultan Azlan Shah serta merangka dan memantau perjalanan Universiti Sultan Azlan Shah dalam mencapai sasaran yang ditetapkan dan juga bertanggungjawab menguruskan kawalan keselamatan. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisien dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Jabatan Pentadbiran & Perancangan Strategik dibahagikan kepada 5 unit iaitu:

    • Unit Pengurusan Strategik
    • Unit Pentadbiran Am
    • Unit Keselamatan
    • Unit Arkib
    • Unit Kualiti

    Selaras dengan perubahan semasa, Jabatan Pentadbiran & Perancangan Strategik sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada Universiti Sultan Azlan Shah bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

     

    FUNGSI UTAMA

    Jabatan Pentadbiran & Perancangan Strategik bertanggungjawab dalam perkara berikut:-

    1. Menguruskan hal ehwal pentadbiran am Universiti Sultan Azlan Shah;
    2. Bertanggungjawab dalam kawalan keselamatan;
    3. Merancang, merangka dan menyelia pembangunan Universiti Sultan Azlan Shah dalam mencapai sasaran perancangan strategik;
    4. Menguruskan kawalan kualiti dalam bidang pengurusan dan pentadbiran; dan
    5. Melakukan fungsi lain dan mengambil tindakan wajar sebagaimana yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi.

    Objektif Kualiti USAS

    Menyelesaikan sekurang-kurangnya 90% aduan mengikut kategori dalam masa yang ditetapkan.

    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 04 Oct 2016 02:17:20 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-pentadbiran-perancangan-strategik
    Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-pengurusan-sistem-teknologi              Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi telah dijenamakan semula selaras dengan transformasi KUISAS kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Pada asalnya jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Teknologi Maklumat. Penjenamaan semula nama Jabatan Teknologi Maklumat kepada Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi adalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dan tanggungjawab jabatan dalam menghadapi perubahan semasa.

    Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi bertanggungjawab dalam aspek pengurusan sistem maklumat USAS dengan memastikan segala keperluan perlaksanaan dan perjalanan sistem maklumat USAS berjalan dengan baik dan sistematik. Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan media dapat disediakan dengan baik dan berfungsi mengikut keperluan organisasi. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisen dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi dibahagikan kepada 4 Unit iaitu;

    • Unit Pembangunan Sistem
    • Unit Teknikal & Multimedia
    • Unit Pentadbiran & Audio Visual

    Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada USAS bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

    Objektif Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi

    1. Memastikan keperluan peralatan ICT dapati dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa.
    2. Memastikan kemahiran ICT dapat dikuasai oleh semua peringkat kakitangan USAS
    3. Membangunkan sistem-sistem yang dapat membantu memudahkan urusan kerja harian kakitangan USAS.

    Objektif Kualiti USAS

    Mensasarkan 80% aduan ICT diambil tindakan dalam tempoh 3 jam selepas aduan diterima.

    ]]>
    webeditor@kiperak.edu.my (WebAdmin) Tue, 20 Jun 2017 00:53:09 GMT http://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/pentadbiran/jabatan-pengurusan-sistem-teknologi