PROGRAM GOTONG ROYONG & WALKABOUT

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

PROGRAM GOTONG ROYONG & WALKABOUT

USAS Mei 2017, Satu Program Gotong Royong & Walkabout bersama Dato’ Hajjah Rusnah binti Kassim, Adun Behrang telah diadakan di Dataran Lembah, Kuala Kangsar. Program yang dianjurkan sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dengan kerjasama mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Seramai 20 orang mahasiswa telah menyertai program ini yang bermula 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Dato’ Shahrom bin Dato’ Abd. Malik dan ucapan daripada Dato Hajjah Rusnah binti Kassim. Mereka kemudiannya bersama-sama peserta melawat ke kedai-kedai di Persisiran Lembah sambil menjalankan aktiviti gotong royong kebersihan kedai-kedai tersebut.

Baca 1037 kali