NASA SPACE APPS CHALLENGE 2017

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)

USAS MEI 2017 : NASA SPACE APPS CHALLENGE adalah acara tahunan yang telah diadakan pada dengan kerjasama NASA USA dan agensi tuan rumah bandaraya yang menyertainya. Tujuannya ialah mencetus minat dan inovasi dikalangan pelajar Kolej dan Universiti terhadap sains angkasa dan menafaatnya pada masyarakat sejagat.

Baru-baru ini, team USAS (pensyarah, pegawai penyelidik dan siswa siswi MPM) telah menyertai acara ini yang di adakan di Petrosains KLCC Kuala Lumpur dengan kerjasama Petrosains dan Kedutaan Jepun. Acara ini telah berjalan dengan serentak di 200 bandaraya sedunia berbanding dengan hanya 60 bandaraya pada tahun 2016 . Team USAS “AgeingEarth” menang pusingan 1, 2 dan ke pusingan terakhir dengan mendapat kedudukan 10 ke atas. Pengundian melalui juri awam juga turut telah diadakan.

TEAM USAS yang diberi nama 'AgeingEarth' telah disertai oleh siswa siswi USAS, Annisa, Fitri, Raja Ali Imran, Nurul Huda, Hassan, Amirrul dan dibantu oleh Umi Nazirah, Shafiq dan Hassan Hausai dari Nigeria.  Manakala NEM (Block Chain) France, Astro, Angkasa, KAKIDiY.com, UnLock Design Jepun bertindak sebagai Mentor Luar dan Ir.Dr. Ahmad Faizul Shamsudin adalah sebagai Mentor untuk keseluruhan pasukan.

Mahasiswa yang terlibat adalah merupakan acara ‘hands-on” iaitu aktiviti ala tekno-usahawan peringkat global. Pendedahan ini penting bagi siswa-siswi menggunakan jalinan industri secara global melalui NASA Space Apps.

Produk hackhaton dari team USAS akan dibangunkan dengan modal pelabur melalui jalinan industri ini. Team USAS yang telah memenangi tempat antara 10 yang terbaik,  secara spontan produk hackhaton telah mendapat tempat di pasaran.

 

Baca 1185 kali