MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA USAS DAN ITBM

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)

USAS MEI 2017  Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) telah menandatangani perjanjian persefahaman bagi mengadakan kerjasama dalam bidang penterjemahan, penerbitan dan latihan.  USAS diwakili oleh Tan Sri Prof. Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor USAS manakala ITBM diwakili oleh Encik Mohd Khair Ngadiron , Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif ITBM.  Penandatangan perjanjian ini telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah USAS dan YB. Budiman Mohd Zohdi, Pengerusi ITBM.

Kerjasama ini akan melibatkan pembinaan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab yang akan diberi nilai tambah, iaitu Sijil Terjemahan dari ITBM.  Pelajar program ini juga akan menerima Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab sekali gus diberi pengiktirafan melalui Sijil Terjemahan.  Progam yang mengambil masa selama tiga tahun setengah ini akan berpeluang mendaftar sebagai Penterjemah Sambilan Berdaftar di ITBM. 

Selain penyediaan program latihan, pementeraian kerjasama ini turut memberi tumpuan kepada bidang penterjemahan dan penerbitan terutamanya penyediaan tempat latihan industri dalam kalangan pelajar pengajian bahasa Arab dan penghasilan buku terjemahan mahupun karya asli melalui penerbitan daripada manuskrip yang terpilih yang akan dicadangkan oleh pihak USAS.

Baca 1226 kali