Isnin, 03 April 2017 00:38

Iklan Jawatan Kosong : Pembantu Pengawas Peperiksaan (Sambilan)

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)
PEMOHON-PEMOHON YANG TERDIRI DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG
BERKELAYAKAN DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI
KEKOSONGAN BAGI JAWATAN BERIKUT:
 
PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN (SAMBILAN)
SEMESTER II SESI 2016/2017
(8 MEI 2017 - 28 MEI 2017)
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)
 
Kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sihat tubuh badan untuk melaksanakan tugas.
  4. Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau yang setaraf dengannya.
  5. Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

Keutamaan

  1. Keutamaan diberikan kepada anak-anak staf USAS. Ahli keluarga yang lain atau kenalan boleh juga dipertimbangkan.  Staf yang terbabit dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
  2. Tinggal berdekatan dengan Kampus USAS.
  3. Mempunyai kenderaan sendiri.

Permohonan berikut TIDAK akan dipertimbangkan:-

1. Pelajar USAS/ bekas pelajar USAS/ staf USAS tidak dibenarkan memohon.
2. Calon yang sedang mengandung
3. Tidak memenuhi kelayakan di atas.
 
Taraf Jawatan - Sambilan
(mengikut tempoh peperiksaan iaitu 8 Mei 2017 sehingga 28 Mei 2017)
Pihak USAS boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila
masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
 
Kekosongan Jawatan
16 Orang
 
Kadar Elaun
RM4.00 sejam.
 
 
Cara Memohon
Calon yang berminat sila muat turun borang permohonan [Muat Turun]
 
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Unit Perjawatan, Jabatan Sumber Manusia USAS sebelum atau pada 13 April 2017 (Khamis).
 
Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 8 Mei 2017 adalah dianggap tidak Berjaya.
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 05-7732253
Baca 2291 kali